Berita masuk akhbar lagi

Wednesday, April 1, 2009

BERITA HARIAN , 01 April 2009
Selatan: Taman Warisan Bebas Sampah
PBT tambak bahu jalan dengan tanah merah, letak batu sekat kenderaan masuk
Oleh: Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my



Muar: Kira-kira 350 penghuni rumah pangsa 4 tingkat membabitkan 40 keluarga di Taman Warisan Jalan Junid, disini, menarik nafas lega berikutan tindakkan pihak berkuasa tempatan (PBT), membersihkan timbunan sampah dan sisa pepejal dibahu jalan belakang kediaman mereka sejak seminggu lalu.

Penghuni rumah teres yang tinggal di hujung Jalan Warisan, berdekatan dengan kawasan hutan bakau yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab, juga kini berasa lapang dengan suasana persekitaran yang lebih selesa.

Ahli Jawatankuasa Bertindak penduduk Taman Warisan berkenaan, Noor Azam Moh Arjan, 38, berkata pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Muar (MPM) membersihkan timbunan sampah sarap yang menjejaskan kebersihan dan pencemaran persekitaran, sehari selepas laporan mengenainya disiarkan akhbar ini, minggu lalu.

Beliar berkta, selain membersihkan timbunan sampah sarap yang dibuang berdekatan dengan padang permainan, PBT juga menambak bahu jalan sepanjang 100 meter yang dijadikan lokasi pembuangan sampah sebelum ini, dengan tanah merah.

Beberapa longgokkan batu besar juga diletakkan di atas permukaan jalan dipersimpangan masuk ke kawasan tempat pembuangan sampah itu bagi menghalang kenderaan daripada memalui jalan berkenaan.

"Ini kerana sebelum ini sebahagian mereka yang membuang sampah di situ datang dari luar kawasan dengan menggunakan kenderaan seperti van, lori, lori kecil selain kereta dan motorsikal," katanya, ketika ditemui dikawasan perumahan itu, di sini, kelmarin.

Berita Harian Edisi Johor pada 23 Mac lalu yang menyiarkan rungutan dan dilema penduduk Taman Warisan yang tidak tahan dengan bau busuk daripada sampah dibuang secara terbuka di situ sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa menghabiskan masa dengan berkurung di dalam rumah, sejak tiga bulan lalu.

Penduduk mendakwa, mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap tanpa mengira waktu siang atau malam kerana tidak sanggup menghidu bau yang masuk ke dalam rumah mereka.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan perumahan itu, kelmarin, mendapati bahagian bahu jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah sarap secara terbuka itu sudah diturap dengan tanah merah.

Selain itu, dipermukaan jalan dipersimpangan masuk ke lokasi tempat pembuangan sampah sebelum ini diletakkan dengan batu batan menghalang kawasan itu dilalui kenderaan.

Bagaimana pun, NoorAzam berkata, penduduk kawasan terbabit kini berhadapan masalah baru iaitu tiada tempat pembuangan sampah berikutan MPM turut mengangkat tong sampah berpusat yang diletakkan di kawasan itu.

Beliau berkata, MPM juga melarang penduduk membuang sampah di situ dan mereka akan dikenakan kompaun jka melanggar larangan ini.

"Masalahnya sekarang, dimana kami penduduk rumah pangsa hendak membuang sampah kerana syarikat sisa pepejal SWM Sdn Bhd hanya mengangkut sampah sarap di depan rumah teres." katanya.

0 comments: