Sampah kontraktor

Saturday, May 2, 2009

Pada pagi sekitar jam 11, sebuah lori kontraktor penyelengaraan TM telah dikesan membuang sampah di bahagian belakang lot 881.


Kelihatan pekerja sedang menurunkan sampah dalam plastik hitam.


Inilah lori milik Faco Enterprise bernombor MU 4638.


Sampah-sampah yang ditinggalkan.

Penduduk pengotor

Tuesday, April 28, 2009

Oleh kerana larangan membuang sampah dikawasan belakang, maka semakin banyak sampah yang tidak dibuang dengan sempurna dan bersepah-sepah. Maka bertambahlah banyak kerja pembersihan perlu dilakukan.


Penghuni rumah B-2-09 yang selalu meletakkan sampah disebelah tangga 3 blok B sehingga berulat dan berbau busuk.


Sampah dicampak ke kawasan sebelah walaupun baru di tambak tanah merah.

Ada juga penduduk yang tidak bertanggungjawab melemparkan sampah dari tingkat atas ke bawah.


Sampah dicampak kedalam semak berhampiran kod bola jaring dari penyewa B-4-12.


Penyewa B-4-12 selalu mencampak sampah kebawah.


Dicampak ke dalam semak.

Apa nak jadi?

Sunday, April 26, 2009


Lori MPM sedang menuang sampah.


Lori bernombor WJY 9076 milik MPM

Walaupun larangan membuang sampah oleh MPM, namun didapati kakitangan MPM juga membuang sampah disini berdasarkan gambar yang diambil.

Sampah bersepah

Thursday, April 23, 2009


Sampah yang dibawa anjing.


Sampah bersepah angkara anjing.

Oleh kerana ketiadaan tong sampah dan laragan membuang sampah di kawasan belakang oleh pihak MPM, penghuni membuang sampah dijalan masuk ke kawasan rumah pangsa. Keadaan ini sebenarnya tidak begitu menyenangkan kerana ada anjing menyepah-nyepahkan sampah tersebut.

Kerja membersih sawang

Sunday, April 19, 2009

Selain kerja pembersihan biasa, kerja membersih sawang juga dilakukan di blok A dan blik B pada hari ini.


Membersih sawang di tangga.


Juga di kakilima setiap unit.

Berita masuk akhbar lagi

Wednesday, April 1, 2009

BERITA HARIAN , 01 April 2009
Selatan: Taman Warisan Bebas Sampah
PBT tambak bahu jalan dengan tanah merah, letak batu sekat kenderaan masuk
Oleh: Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my



Muar: Kira-kira 350 penghuni rumah pangsa 4 tingkat membabitkan 40 keluarga di Taman Warisan Jalan Junid, disini, menarik nafas lega berikutan tindakkan pihak berkuasa tempatan (PBT), membersihkan timbunan sampah dan sisa pepejal dibahu jalan belakang kediaman mereka sejak seminggu lalu.

Penghuni rumah teres yang tinggal di hujung Jalan Warisan, berdekatan dengan kawasan hutan bakau yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab, juga kini berasa lapang dengan suasana persekitaran yang lebih selesa.

Ahli Jawatankuasa Bertindak penduduk Taman Warisan berkenaan, Noor Azam Moh Arjan, 38, berkata pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Muar (MPM) membersihkan timbunan sampah sarap yang menjejaskan kebersihan dan pencemaran persekitaran, sehari selepas laporan mengenainya disiarkan akhbar ini, minggu lalu.

Beliar berkta, selain membersihkan timbunan sampah sarap yang dibuang berdekatan dengan padang permainan, PBT juga menambak bahu jalan sepanjang 100 meter yang dijadikan lokasi pembuangan sampah sebelum ini, dengan tanah merah.

Beberapa longgokkan batu besar juga diletakkan di atas permukaan jalan dipersimpangan masuk ke kawasan tempat pembuangan sampah itu bagi menghalang kenderaan daripada memalui jalan berkenaan.

"Ini kerana sebelum ini sebahagian mereka yang membuang sampah di situ datang dari luar kawasan dengan menggunakan kenderaan seperti van, lori, lori kecil selain kereta dan motorsikal," katanya, ketika ditemui dikawasan perumahan itu, di sini, kelmarin.

Berita Harian Edisi Johor pada 23 Mac lalu yang menyiarkan rungutan dan dilema penduduk Taman Warisan yang tidak tahan dengan bau busuk daripada sampah dibuang secara terbuka di situ sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa menghabiskan masa dengan berkurung di dalam rumah, sejak tiga bulan lalu.

Penduduk mendakwa, mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap tanpa mengira waktu siang atau malam kerana tidak sanggup menghidu bau yang masuk ke dalam rumah mereka.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan perumahan itu, kelmarin, mendapati bahagian bahu jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah sarap secara terbuka itu sudah diturap dengan tanah merah.

Selain itu, dipermukaan jalan dipersimpangan masuk ke lokasi tempat pembuangan sampah sebelum ini diletakkan dengan batu batan menghalang kawasan itu dilalui kenderaan.

Bagaimana pun, NoorAzam berkata, penduduk kawasan terbabit kini berhadapan masalah baru iaitu tiada tempat pembuangan sampah berikutan MPM turut mengangkat tong sampah berpusat yang diletakkan di kawasan itu.

Beliau berkata, MPM juga melarang penduduk membuang sampah di situ dan mereka akan dikenakan kompaun jka melanggar larangan ini.

"Masalahnya sekarang, dimana kami penduduk rumah pangsa hendak membuang sampah kerana syarikat sisa pepejal SWM Sdn Bhd hanya mengangkut sampah sarap di depan rumah teres." katanya.

MPM bertindak

Tuesday, March 24, 2009

Ekoran berita tentang sampah sarap di Taman Warisan yang keluar di akhbar Berita Harian semalam, sepasukan pekerja MPM telah menyodok sampah sarap yang ada dan menutup jalan masuk dengan serpihan tembok yang turut dirobohkan.



Keadaan ini nampak baik buat masa ini, tapi ada satu masalah yang timbul ekoran tindakkan ini. Soalnya dimana penduduk rumah pangsa Taman Warisan hendak membuang sampah? Penduduk rumah teres, tiada masalah kerana ada tong sampah disetiap rumah yang akan diangkut oleh lori sampah milik SWM.



Sebelum ini tong sampah disediakan di tempat yang disodok dan pihak SWM akan mengangkut sampah-sampah tersebut. Kini tong sampah telah diterbalikkan dan jalan ditutup. Hanya kenderaan beroda dua sahaja dapat masuk ke kawasan tersebut. Terfikir juga bagaimana kenderaan Indah Water nak masuk untuk servis logi.