MPM bertindak

Tuesday, March 24, 2009

Ekoran berita tentang sampah sarap di Taman Warisan yang keluar di akhbar Berita Harian semalam, sepasukan pekerja MPM telah menyodok sampah sarap yang ada dan menutup jalan masuk dengan serpihan tembok yang turut dirobohkan.



Keadaan ini nampak baik buat masa ini, tapi ada satu masalah yang timbul ekoran tindakkan ini. Soalnya dimana penduduk rumah pangsa Taman Warisan hendak membuang sampah? Penduduk rumah teres, tiada masalah kerana ada tong sampah disetiap rumah yang akan diangkut oleh lori sampah milik SWM.



Sebelum ini tong sampah disediakan di tempat yang disodok dan pihak SWM akan mengangkut sampah-sampah tersebut. Kini tong sampah telah diterbalikkan dan jalan ditutup. Hanya kenderaan beroda dua sahaja dapat masuk ke kawasan tersebut. Terfikir juga bagaimana kenderaan Indah Water nak masuk untuk servis logi.


Berita keluar akhbar

Sunday, March 22, 2009

BERITA HARIAN , 23 MAC 2009
Selatan: 'Berkurung' tak tahan bau busuk
Oleh: Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my


SEBUAH lori dikesan berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Warisan, Jalan Junid, Muar, kelmarin.

MUAR: Akibat tidak tahan menghidu bau busuk timbunan sampah sarap dan sisa pepejal yang dibuang secara terbuka di depan kediaman mereka, 250 penghuni di Taman Warisan, Jalan Junid, di sini terpaksa menghabiskan masa berkurung dalam rumah.

Penduduk daripada 40 keluarga itu yang dibelenggu masalah itu sejak tiga bulan lalu adalah sebahagian daripada penghuni rumah pangsa empat tingkat di belakang kawasan perumahan berkenaan selain di penghujung Jalan Warisan.

Mereka bimbang dijangkiti penyakit berbahaya terutama denggi berikutan sampah sarap yang bertimbun berdekatan rumah kini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat longgokan sampah sarap dan sisa pepejal di bahu jalan sepanjang kira-kira 70 meter berdekatan hutan paya bakau serta mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu sejauh lebih setengah kilometer.

Justeru tidak menghairankan apabila penghuni terpaksa menutup pintu dan tingkap tanpa mengira waktu siang atau malam kerana tidak sanggup menghidu bau yang menyerap masuk ke dalam rumah mereka.

Lebih membahayakan, bahagian bahu jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah sarap secara terbuka itu juga terletak bersebelahan padang permainan kanak-kanak.

Timbunan sampah sarap sering diselongkar anjing liar, termasuk menggonggong bekas plastik sehingga ke tengah padang permainan yang jaraknya hanya kira-kira 10 meter dari tempat pembuangan sampah itu.

Penghuni, Ng Ah Chee, 65, mendakwa sebahagian besar daripada pihak yang membuang sampah di bahu jalan berdekatan dengan rumahnya itu tidak dikenali dan dipercayai dari luar kawasan itu.

Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu membuang sampah dengan memuatkannya di dalam lori, van, kereta dan motosikal tanpa mengira waktu siang atau malam.

"Saya pernah mengupah pekerja untuk membuang sampah yang dilonggokkan di bahu jalan berdekatan dengan rumah ke kawasan lebih jauh serta memasang papan tanda di sebatang pokok bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah di situ," katanya.

Suri rumah, Tan Eng, 34, berkata selain anjing liar, babi hutan dari kawasan hutan bakau berdekatan turut menyelongkar sampah di situ untuk mencari makanan.

Beliau meminta penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan berterusan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuang sampah di situ.

"Tanpa pemantauan, masalah ini bukan saja tidak akan dapat diselesaikan malah semakin berleluasa, sekali gus menjejaskan kebersihan dan kesihatan penduduk kerana sering dicemari udara kotor," katanya.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Penghuni Taman Warisan, Noor Azam Mohd Arjan, 38, berkata yang paling teruk menghadapi pencemaran ialah penghuni rumah pangsa blok B yang kedudukannya hanya kira-kira 50 meter dari tempat pembuangan sampah itu.

Tinjauan wartawan

Wednesday, March 18, 2009

Hari ini kira-kira jam 6.00 petang, En. Jamaluddin Husin seorang wartawan Berita Harian/Harian Metro datang membuat tinjauan dan menemubual beberapa orang penduduk berhampiran. Ini adalah kerana beliau mendapat aduan dari penduduk yang kurang berpuas hati dengan keadaan kotor dan busuk di bahagian belakang lot 881.

Beliau dan seorang rakan mengambil gambar di sekitar kawasan sampah-sarap. Beliau juga memaklumkan bahawa perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak berwajib agar keselesaan penduduk lebih terjamin.

Memesin rumput

Thursday, March 12, 2009


Jentera milik MPM sedang memotong rumput di padang.

Semalam pihak SWM menghantar seorang pekerja untuk memesin rumput sekitar longkang besar dan di bawah pokok. Hari ini MPM menghantar sebuah jentera pembajak untuk memotong rumput di padang bahagian belakang lot 881. Namun lori pengangkut sampah telah lama tidak mengangkat sampah di bahagian belakang lot 881.


Sampah dibuang tanpa kawalan.


Longgokkan sampah tidak diangkat oleh MPM.

Membersih longkang

Wednesday, March 11, 2009

Hari ini kerja-kerja membersihkan kawasan dilakukan, Kera-kerja ini termasuk membersihkan kawasan letak kereta, kaki lima semua unit tingkat bawah dan longkang kecil sekeliling bangunan.


Longkang dihadapan unit A-1-03


Longkang di tepi unit 12 blok B


Longkang belakang unit 10, 11, 12 blok B

Tangga 3 blok B telah dikotorkan walau baru dua hari dibersihkan, kerja membersih dilakukan semula melibatkan tingkat 1, 2 & 3.


Tangga 3 blok B

Seorang penduduk taman telah mengupah seorang pekerja untuk membersih bahagian belakang dengan mengangkut dan mengumpul sampah lalu dibakar.


Pekerja yang diupah oleh seorang penduduk.


Mengangkat sampah, mengumpul dan membakar.

Perca kain dari kilang



Pada petang 11hb March 2009 sekitar jam 6.45 petang sebuah lori dikesan memasuki bahagian belakang lot 881. Mereka membuang sampah berupa perca kain dari kilang. Mereka mengatakan mereka adalah penduduk Taman Warisan. Sudah beberapa kali mereka membuang sampah di sini, cuma saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.

Saya menyatakan kepada mereka bahawa pihak MPM telah lama tidak mengangkat sampah-sampah di sini dan penduduk disini secara sukarela membakar sampah-sampah di sini. Saya minta mereka mengambil semula sampah-sampah yang telah dibuang, tetapi mereka enggan. Mereka berjanji inilah kali terakhir mereka membuang sampah di sini, lain kali tak akan buat lagi.


Mereka sedang menurunkan sampah.


Mereka mengatakan mereka adalah penduduk setempat.


Sampah berupa perca kain dari kilang membuat pakaian.

Membersih tangga 2 & 3 blok B

Monday, March 9, 2009

Hari ini kerja-kerja membersih tangga 2 dan tangga 3 blok B dan kaki lima dari unit 4 hingga unit 12 dari tingkat 1 hingga tingkat 4 dijalankan.



Sebuah lori dikesan membuang sampah sekitar jam 7.00 malam tetapi tidak dapat mengambil gambar secara dekat kerana hujan gerimis ketika itu dan mereka membuang sampah dengan cepat.

Membersih tangga 1 blok B

Sunday, March 8, 2009

Hari ini kerja-kerja membersihkan tangga 1 dan kaki lima blok B dari unit 1 hingga unit 3


Bawah tangga 1 blok B.


Kaki lima tingkat 2 blok B.


Tangga 1 tingkat 3 blok B.


Papan kenyataan menjadi mangsa vandalisme.

Membersih blok A

Saturday, March 7, 2009

Hari ini kerja-kerja membersihkan tangga dan kaki lima blok A dilakukan, ianya melibatkan unit 1 hingga 3.


Unit A-4-03 untuk dijual.


Kaki lima tingkat bawah blok A.


Kaki lima tingkat 2 blok A.


Kerosakkan tangga blok A semakin serius.


Kaki lima tingkat 4 blok A.