Membakar Sampah

Wednesday, February 18, 2009

Petang ini sekitar jam 5.30 petang saya ke bahagian belakang dan mendapati ada sampah berupa daun kering yang dituang dari lori berada di sini. Saya yakin pekerja Majlis Perbandaran yang membuang di sini berdasarkan keadaan dimana sampah di sodok menggunakan jentera JCB sebelum sampah baru di tuang. Adakah pihak Majlis Perbandaran mahu menjadikan tempat ini tempat pembuangan sampah haram?


Api mula membakar.


Semakin marak.



Panas tak tertahan.

Penduduk di sini secara sukarela membakar sampah-sampah di sini kerana pihak Majlis Perbandaran tidak mengangkut sampah, malahan turut membuang sampah. Jika tidak dibakar, pasti sudah membukit.

Ragam Manusia

Monday, February 16, 2009


Pekerja ini membuang sampah berupa daun-daun.


Inilah sampah yang sempat diturunkan.


Kenderaan bernombor JGM 9615 yang digunakan untuk mengangkut sampah

Bila saya terlihat kenderaan ini memasuki bahagian belakang, saya segera mencapai kamera dan mengambil gambar. Pemandu ini bertanya kepada saya untuk apa saya mengambil gambar, saya kata ini tugas saya, beliau segera beredar walau baru menurunkan sebahagian sampah.

Tidak lama selepas itu datang pula van penjual ikan dan sayuran bernombor NX 1579. Menyedari saya mengambil gambar, pemandunya hanya berpura-pura menyusun bakul dan mengemas barangan dagangannya dan terus berlalu. Selalu beliau membuang sampah di sini berupa sisa-sisa sayuran dan ikan cuma saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar.


Tak jadi nak buang sampah bila melihat saya mengambil gambar.


Berpura-pura menyusun barang dagangan.


Akhirnya berlalu pergi tanpa membuang sampah seperti biasa.

Corprate Image Office Solutions

Monday, February 9, 2009

Pada jam 10.30 pagi 9 hb Febuari sebuah lori milik Corprate Image Office Solutions Sdn Bhd bernombor pendaftaran JHE 5041 telah memasuki bahagian belakang iaitu tempat pembuangan sampah dan membuang sampah berupa sisa-sisa polistrin.


Lori bernombor pendaftaran JHE 5061


Lori milikCorprate Image Office Solutions Sdn Bhd


Pemandu lori sedang membuang sisa polistrin


Sebahagian polistrin yang dibuang

Mengapa mereka membuang sampah di sini? sepatutnya mereka membuang sampah sisa industri di tapak pelupusan sampah Bukit Bakri. Di sini adalah kawasan perumahan bukan tapak pelupusan sampah. Ini menunjukkan samaada pemandu lori tersebut atau pemilik syarikat tersebut telah mengambil jalan mudah untuk membuang sisa industri.

Almari, Katil & Baju Lama

Thursday, February 5, 2009

Petang ini semasa saya melakukan kerja-kerja pembersihan, saya mengesan ada penduduk membuang satu almari kecil yang telah rosak di belakang unit B-12 dan sebuah katil bujang serta satu bungkusan mengandungi baju-baju lama di dalam semak di sebelah unit B-12.

Oleh kerana unit B-12 adalah unit tepi, maka di sinilah selalunya penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan sebagainya.

Hantar laporan

Wednesday, February 4, 2009

Pagi ini saya membaca meter air untuk semua 60 unit rumah di lot 881. Siap membaca meter saya key in data ke komputer dan menyiapkan laporan untuk bulan febuari 2008 kemudian saya burn ke CD dan menghantarnya ke pejabat bersama bil air utama yang diterima daripada SAJ serta bil lampu tangga dari TNB.

Petangnya saya membersihkan semua tangga di blok A dan blok B.