Malam ini sekitar jam 8.30 malam, saya terdengar bunyi anak anjing. Bila saya tinjau rupanya ada empat ekor anak anjing dalam sebuah kotak yang diletakkan dibawah peti surat di tangga 1 blok B, dan seekor sedang merayap-rayap di kaki lima.
Saya panggil uncle sebelah rumah untuk memasukkan kelima-lima anak anjing itu ke dalam kotak semula dan setelah berbincang, kami meminta seorang remaja cina untuk membuang anak anjing itu ke tempat lain.
Siapalah yang bertindak membuang anak anjing di tangga rumah pangsa ini.....
Tak patut.... Tak patut....
Peniaga bergerak ini akan datang ke Lot 881 setiap petang. Mereka menjual roti dan berbagai makanan ringan. itu rezeki mereka dan kemudahan juga untuk penghuni lot 881 ini. Namun kerana kehadiran peniaga ini maka sampah dari makanan segera selalunya dibuang bersepah-sepah oleh kanak-kanak.
Hari ini saya membersihkan semua 4 tangga dan kaki lima yang ada di blok A dan Blok B dan kawasan letak kereta.
Saya dapati sampah bersepah di bawah tangga 2 blok B.
Lebih mengecewakan bila ada penghuni membuang lampin pakai buang yang telah diguna bersama gumpalan akhbar di tangga 2 blok B pada tingkat 3. Setahu saya hanya penghuni B-4-07 yang mempunyai anak kecil
Ini gambar dekat menunjukkan lampin, gumpalan akhbar dan puntung rokok.
Ini pula sampah yang dibuang kedalam semak disebelah unit B-12. Semakin bbertambah dari hari ke hari nampaknya.
Unit rumah A-4-01 telah kosong dan dibuka untuk disewa. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pemiliknya di nombor:- 012 614 8852
Kereta merah hati ini sesekali balik ke sini kerana ibunya tinggal di tingkat 3 blok B. Setiap kali berada di sini tak pernah meletak kereta mengikut petak. Suka hati sahaja meletak kereta melintang sana-sini. Entah sekolah memandu mana dia belajar dulu saya pun tak tahu!
Pada petang 11hb. Disember sekitar jam 5.30 saya dapati ada sampah bertaburan disebelah tembok berhampiran Unit 12 blok B. Saya dapati ada satu fail yang tertuis nama dan ini lebih meyakinkan saya bahawa penghuni B-4-11 yang membuang sampah di sini. Setelah mengambil gambar, saya membersihkan kawasan tersebut
Sampah yang bertabut di sebelah tembok
Gambar dekat
Nama yang tertera di fail
Kawasan kaki lima semua unit rumah telah dibersihkan dari segala sampah.
Kawasan tempat letak kereta diantara blok A dan Blok B
Kawasan letak kereta dihadapan blok B
Penghuni yang pengotor, membuang sampah keluar tingkap tanpa memikirkan keselesaan penghuni lain.
Penghuni yang tiada kesedaran sivik membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya sesuka hati sendiri.
Tangga di blok A dikesan mengalami kerosakkan. (Simen tertanggal)
Gambar 1
Gambar 2
Lain lain hal
Pemilik unit B-3-11 mengadu air mengalir dari bilik air unit B-4-11 semasa bilik air B-4-11 sedang digunakan. Ini adalah kerana kerosakkan pada lantai bilik air unit B-4-11
Pam air masih bermasalah. Tidak dapat auto stop dan terpaksa dijalankan secara manual walaupun ketiga-tiga motor telah diganti baru dan baikpulih telah dilakukan oleh tiga pihak iaitu:- bahagian elektrik, bahagian paip dan bahagian pam.