Dicampak Ke Bawah

Thursday, November 27, 2008

Penghuni B-4-12 disyaki mencampak bungkusan sampah dari tingkat 4 ke bawah pada sebelah pagi. Waktu itu penghuni B-1-12 sedang berada di dalam bilik air dan terdengar bunyi benda terhempas betul-betul dibelakang bilik air beliau.

Kenapa penghuni B-4-12 disyaki? Ini adalah kerana unit B-2-12 dan B-3-12 kosong dan tidak berpenghuni. Tidak mungkin rasanya jika dicampak dari unit 11 kerana agak jauh.

Bila agaknya mentaliti begini akan berubah?

Baikpulih Motor Pam

Friday, November 14, 2008



Pada 14hb November 2008 Penjual pam telah datang membaiki pam, mereka mencadangkan agar dua pam yang baru ( pam 2 dan3 ) dijadikan pam utama dan pam 1 sebagai simpanan.