Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar bahagian yang telah dibersihkan;
Kawasan belakang unit rumah blok A
Kawasan bawah tangga setiap unit tangga.
Kawasan tepi blok B
Kawasan tepi rumah nombor 12 Blok B
Kaki lima setiap unit rumah
Kerosakkan pada pelampung di tangki di blok B (Di hadapan rumah nombor 6) telah dibaiki oleh Huat Heng Plumbing
Kebocoran (Leaking) pada tangki utama juga telah dibaiki
Gambar dekat (zoom in)
Pada 25 hb September 2008 jam 5.15 petang sebuah lori telah dikesan membuang sampah nuseri di kawasan belakang Taman. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil.
Mulai 24 hb Oktober hanya satu motor pam air berfungsi kerana pam kedua telah rosak pada bulan Ogos yang lalu dan pam ketiga rosak hari ini.
Akibat dari kerosakkan motor ketiga pam air, Seluruh sistem tidak dapat berjalan secara automatic. Apabila motor pam berhenti ia perlu dihidupkan semula secara manual untuk meneruskan proses mengepam air.
Pada 23 hb Oktober bunyi bising dikesan pada motor ketiga pam air dipercayai kerana kerosakkan bearing.
Pada 15 hb September didapati terdapat sampah sarap bertaburan dikawasan semak tepi rumah nombor 12 blok B. Penghuni B-4-05 disyakki membuangnya berdasarkan sepucuk surat yang turut sama dibuang. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pengurusi.
Pada malamnya saya bersama pengurusi dan seorang AJK telah menemui penghuni unit B-4-05 tetapi malangnya penghuni tersebut tidak menerima kedatangan kami dengan baik setelah dimaklumkan akan tujuan kami menemuinya malahan terus menutup pintu.
Gambar Sampah 1
Gambar Sampah 2
Gambar Sampah 3
Pada 11 hb September, Keseluruhan paip di baiki semula, Namun pam automatik masih tidak berfungsi seperti sediakala.
Pam terpaksa dihidupkan secara manual dari jam 6.30 pagi hingga jam 7.15 pagi dan dari jam 5.30 petang hingga 7.00 malam setiap hari.
Pada 10 hb September, pihak SWM telah menghantar beberapa pekerja untuk membersihkan kawasan pembuangan sampah. Kerja dilakukan secara manual dengan mengutip sampah dan dimasukkan kedalam tong sampah besar dan diangkat pergi untuk dibuang di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan.
Keadaan paip lama sebelum ditukar
Setelah ditukar baru 1
Setelah ditukar baru 2
Setelah ditukar baru 3
Pada 10 hb September. Keseluruhan paip di kawasan pam telah ditukar, akan tetapi masih ada kebocoran pada paip penyambung. Pihak kontraktor akan menyambung kerja-kerja baikpulih pada esok hari kerana tidak dapat menyiapkannya hari ini.