Motor pam ke dua tidak berfungsi
Kebocoran pada paip pada motor ketiga
Karat pada penyambung paip motor ke tiga
Kebocoran pada paip bawah tanah
Kebocoran pada paip bawah tanah. Kelihatan air mengalir keluar dari tanah ketika pam dihidupkan
Kebocoran pada bahagian bawah tangki di blok B menyebabkan tidak dapat menakung air (Di hadapan rumah nombor 10)
Kerosakkan pada pelampung di tangki di blok B (Di hadapan rumah nombor 6)
Lampu tangga tingkat 4 blok B tidak menyala (Di hadapan rumah nombor 6)
Lampu tangga tingkat 1 dan 4 blok B tidak menyala (Di hadapan rumah nombor 10)
Kerja kerja pembersihan sentiasa dilakukan setiap hari. Kerja-kerja tersebut merangkumi:
- Membersihkan kawasan sekitar rumah pangsa, tempat meletak kenderaan termasuk di dalam pagar pam air. (Setiap hari)
- Membersihkan longkang kecil di sekeliling blok. ( Sekiranya perlu)
- Menyapu sampah dan habuk seluruh kaki lima blok A dan B ( sekurang-kurangnya seminggu sekali, dan pemantauan sentiasa dilakukan)
- Menyapu semua tangga di blok A dan B ( sekurang-kurangnya seminggu sekali, dan pemantauan sentiasa dilakukan)
- Mencabut rumput di tepi tembok dan longkang.
Kenapa Lot 881?
Kerana bolg ini akan menceritakan tentang dua blok bangunan empat tingkat yang terletak di Lot 881. Dua blok ini adalah bangunan rumah pangsa yang mengandungi 60 unit rumah terdiri dari 16 unit berharga 80 ribu, 20 unit berharga 50 ribu dan 24 unit berharga 25 ribu.
Siapa admin blog lot881.blogspot.com ini?
Admin adalah salah seorang ahli komuniti dan dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara dalam hal-hal kebersihan kawasan rumah pangsa di Lot 881 dibawah syarikat Warisan Management Services.
Apa tanggungjawab dan tugas admin di Lot 881?
Tugas admin adalah membersihkan seluruh kawasan Lot 881 termasuk di seluruh kaki lima, tangga, longkang dan sekitarnya. Membaca meter air dan menghantar laporan setiap bulan kepada Warisan Management Services.
Bila tugas admin bermula?
Admin mula bertugas mulai bulan ogos 2008
___________________________________________________________
Sila isikan borang di atas jika anda mempunyai komen, cadangan dan aduan. Komen anda sangat dialu-alukan. Harap menyatakan email yang aktif agar dapat kami menghubungi anda jika perlu.Sila kunjungi selalu blog lot881 untuk maklumat terkini.