Anak anjing

Tuesday, December 30, 2008

Malam ini sekitar jam 8.30 malam, saya terdengar bunyi anak anjing. Bila saya tinjau rupanya ada empat ekor anak anjing dalam sebuah kotak yang diletakkan dibawah peti surat di tangga 1 blok B, dan seekor sedang merayap-rayap di kaki lima.

Saya panggil uncle sebelah rumah untuk memasukkan kelima-lima anak anjing itu ke dalam kotak semula dan setelah berbincang, kami meminta seorang remaja cina untuk membuang anak anjing itu ke tempat lain.

Siapalah yang bertindak membuang anak anjing di tangga rumah pangsa ini.....
Tak patut.... Tak patut....

Peniaga Bergerak

Sunday, December 28, 2008


Peniaga bergerak ini akan datang ke Lot 881 setiap petang. Mereka menjual roti dan berbagai makanan ringan. itu rezeki mereka dan kemudahan juga untuk penghuni lot 881 ini. Namun kerana kehadiran peniaga ini maka sampah dari makanan segera selalunya dibuang bersepah-sepah oleh kanak-kanak.

Membersih Tangga

Saturday, December 27, 2008

Hari ini saya membersihkan semua 4 tangga dan kaki lima yang ada di blok A dan Blok B dan kawasan letak kereta.


Saya dapati sampah bersepah di bawah tangga 2 blok B.


Lebih mengecewakan bila ada penghuni membuang lampin pakai buang yang telah diguna bersama gumpalan akhbar di tangga 2 blok B pada tingkat 3. Setahu saya hanya penghuni B-4-07 yang mempunyai anak kecil


Ini gambar dekat menunjukkan lampin, gumpalan akhbar dan puntung rokok.


Ini pula sampah yang dibuang kedalam semak disebelah unit B-12. Semakin bbertambah dari hari ke hari nampaknya.

Unit Untuk Disewa

Thursday, December 25, 2008

Unit rumah A-4-01 telah kosong dan dibuka untuk disewa. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi pemiliknya di nombor:- 012 614 8852


Kereta merah hati ini sesekali balik ke sini kerana ibunya tinggal di tingkat 3 blok B. Setiap kali berada di sini tak pernah meletak kereta mengikut petak. Suka hati sahaja meletak kereta melintang sana-sini. Entah sekolah memandu mana dia belajar dulu saya pun tak tahu!

Di sebelah tembok

Thursday, December 11, 2008

Pada petang 11hb. Disember sekitar jam 5.30 saya dapati ada sampah bertaburan disebelah tembok berhampiran Unit 12 blok B. Saya dapati ada satu fail yang tertuis nama dan ini lebih meyakinkan saya bahawa penghuni B-4-11 yang membuang sampah di sini. Setelah mengambil gambar, saya membersihkan kawasan tersebut


Sampah yang bertabut di sebelah tembok


Gambar dekat


Nama yang tertera di fail

Kawasan Dibersihkan

Sunday, December 7, 2008


Kawasan kaki lima semua unit rumah telah dibersihkan dari segala sampah.


Kawasan tempat letak kereta diantara blok A dan Blok B


Kawasan letak kereta dihadapan blok B

Penghuni Pengotor

Saturday, December 6, 2008

Penghuni yang pengotor, membuang sampah keluar tingkap tanpa memikirkan keselesaan penghuni lain.



Penghuni yang tiada kesedaran sivik membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya sesuka hati sendiri.

Tangga Blok A

Friday, December 5, 2008

Tangga di blok A dikesan mengalami kerosakkan. (Simen tertanggal)


Gambar 1


Gambar 2

Lain lain hal
Pemilik unit B-3-11 mengadu air mengalir dari bilik air unit B-4-11 semasa bilik air B-4-11 sedang digunakan. Ini adalah kerana kerosakkan pada lantai bilik air unit B-4-11

Pam air masih bermasalah. Tidak dapat auto stop dan terpaksa dijalankan secara manual walaupun ketiga-tiga motor telah diganti baru dan baikpulih telah dilakukan oleh tiga pihak iaitu:- bahagian elektrik, bahagian paip dan bahagian pam.

Dicampak Ke Bawah

Thursday, November 27, 2008

Penghuni B-4-12 disyaki mencampak bungkusan sampah dari tingkat 4 ke bawah pada sebelah pagi. Waktu itu penghuni B-1-12 sedang berada di dalam bilik air dan terdengar bunyi benda terhempas betul-betul dibelakang bilik air beliau.

Kenapa penghuni B-4-12 disyaki? Ini adalah kerana unit B-2-12 dan B-3-12 kosong dan tidak berpenghuni. Tidak mungkin rasanya jika dicampak dari unit 11 kerana agak jauh.

Bila agaknya mentaliti begini akan berubah?

Baikpulih Motor Pam

Friday, November 14, 2008



Pada 14hb November 2008 Penjual pam telah datang membaiki pam, mereka mencadangkan agar dua pam yang baru ( pam 2 dan3 ) dijadikan pam utama dan pam 1 sebagai simpanan.

Bersepah Lagi

Thursday, October 23, 2008

Masih ada penghuni yang tidak perihatin membuang sampah merata-rata seperti gambar di bawah:


Sampah dibuang keluar dari tingkap belakang Blok B (B 9-10)


Sampah yang dikeluarkan dari peti surat di Blok A


Longgokkan sampah yang ditinggalkan oleh penyewa di hadapan rumah B-2-12 setelah penyewa berpindah.

Kebocoran Paip

Tuesday, October 14, 2008

Dua kebocoran paip telah dapat dikesan.


Kebocoran paip pada Meter Air Unit B-1-07


Kebocoran paip pada Meter Air Unit B-2-06

Sampah Binaan

Tuesday, October 7, 2008

Masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah binaan dan sisa makanan di kawasan belakang. Dibawah antara gambar yang dapat dirakam.


Wawasan Jaya 1


Wawasan Jaya 2


Wawasan Jaya 3


Full Gospel 1


Full Gospel 2

Jentera SWM

Sunday, October 5, 2008

Pihak SWM lebih tiga minggu tidak mengutip sampah yang dibuang di bahagian
belakang dan hanya mengutip sampah dihadapan rumah teres sahaja.

Pada 5hb Oktober sekitar jam 12.00 tengahari pihak SWM telah menghantar sebuah jentera JCB untuk menolak sampah-sarap di sekeliling tong sampah yang disediakan.

Gambar Pembersihan

Tuesday, September 30, 2008

Di bawah adalah sebahagian gambar-gambar bahagian yang telah dibersihkan;


Kawasan belakang unit rumah blok A


Kawasan bawah tangga setiap unit tangga.


Kawasan tepi blok B


Kawasan tepi rumah nombor 12 Blok B


Kaki lima setiap unit rumah

Kebocoran dibaiki

Sunday, September 28, 2008

Kerosakkan pada pelampung di tangki di blok B (Di hadapan rumah nombor 6) telah dibaiki oleh Huat Heng Plumbing


Kebocoran (Leaking) pada tangki utama juga telah dibaiki


Gambar dekat (zoom in)

Sampah Nuseri

Thursday, September 25, 2008

Pada 25 hb September 2008 jam 5.15 petang sebuah lori telah dikesan membuang sampah nuseri di kawasan belakang Taman. Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil.







Motor Pam Rosak

Wednesday, September 24, 2008

Mulai 24 hb Oktober hanya satu motor pam air berfungsi kerana pam kedua telah rosak pada bulan Ogos yang lalu dan pam ketiga rosak hari ini.

Akibat dari kerosakkan motor ketiga pam air, Seluruh sistem tidak dapat berjalan secara automatic. Apabila motor pam berhenti ia perlu dihidupkan semula secara manual untuk meneruskan proses mengepam air.

Bunyi Bising

Tuesday, September 23, 2008


Pada 23 hb Oktober bunyi bising dikesan pada motor ketiga pam air dipercayai kerana kerosakkan bearing.

Sampah bertaburan

Monday, September 15, 2008

Pada 15 hb September didapati terdapat sampah sarap bertaburan dikawasan semak tepi rumah nombor 12 blok B. Penghuni B-4-05 disyakki membuangnya berdasarkan sepucuk surat yang turut sama dibuang. Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pengurusi.

Pada malamnya saya bersama pengurusi dan seorang AJK telah menemui penghuni unit B-4-05 tetapi malangnya penghuni tersebut tidak menerima kedatangan kami dengan baik setelah dimaklumkan akan tujuan kami menemuinya malahan terus menutup pintu.


Gambar Sampah 1


Gambar Sampah 2


Gambar Sampah 3

Sistem Automatik

Thursday, September 11, 2008

Pada 11 hb September, Keseluruhan paip di baiki semula, Namun pam automatik masih tidak berfungsi seperti sediakala.

Pam terpaksa dihidupkan secara manual dari jam 6.30 pagi hingga jam 7.15 pagi dan dari jam 5.30 petang hingga 7.00 malam setiap hari.

Kutip sampah

Wednesday, September 10, 2008

Pada 10 hb September, pihak SWM telah menghantar beberapa pekerja untuk membersihkan kawasan pembuangan sampah. Kerja dilakukan secara manual dengan mengutip sampah dan dimasukkan kedalam tong sampah besar dan diangkat pergi untuk dibuang di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan.

Penggantian Paip




Keadaan paip lama sebelum ditukar


Setelah ditukar baru 1


Setelah ditukar baru 2


Setelah ditukar baru 3

Pada 10 hb September. Keseluruhan paip di kawasan pam telah ditukar, akan tetapi masih ada kebocoran pada paip penyambung. Pihak kontraktor akan menyambung kerja-kerja baikpulih pada esok hari kerana tidak dapat menyiapkannya hari ini.